ALOR SETAR, 12 DISEMBER 2019 –  Seramai 30 orang usahawan asnaf daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerima sumbangan suntikan modal perniagaan berjumlah RM 150,000.00 daripada Tabung Haji (TH).

Pengarah Tabung Haji Negeri Kedah/Perlis, Haji Nawawi Ishak berkata, pemberian itu adalah bagi tujuan menyuntik semangat para usahawan asnaf LZNK untuk terus menaikan semangat mereka dalam mengusahakan perniagaan yang dilakukan oleh meraka.

Selain itu, ia juga bertujuan bagi meningkatkan lagi ekonomi mereka sekeluarga dalam menjana pendapatan seharian dengan mengusahakan perniagaan sendiri.

Tambahnya lagi, para penerima bantuan tersebut akan dipantau dari masa ke semasa oleh pihak Tabung Haji dan Zakat Kedah demi melihat sendiri tahap kemajuan mereka dalam perniagaan yang diusahakan.

Ulasnya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan ikhtiar Tabung Haji 2019 bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah di Menara Zakat.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, beliau amat berharap agar para usahawan asnaf tersebut dapat menggunakan peluang yang diberikan ini sehabis baik demi meningkatkan ekonomi kewangan mereka.

“Saya harap mereka gunakanlah sumbangan duit yang diberikan itu dengan sebaiknya dan manfaatkan sumbangan itu sebahabis baik” katanya.

“Selain itu, saya juga amat berharap agar suatu hari nanti mereka yang menerima bantuan ini dapat keluar daripada keponpong kemiskinan dan akan menjadi salah seorang daripada pembayar zakat kelak, Insya-ALLAH”

Dalam pada itu, rata-rata penerima bantuan yang ditemui pada majlis itu berasa amat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang keemasan ini untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan sumbangan wang yang diberikan oleh Tabung Haji ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Tabung Haji Negeri Kedah/Perlis serta pegawai-pegawai TH dan Zakat Kedah.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”