ALOR SETAR, 21 MAC 2019 – Seramai 49 orang pelajar asnaf telah berjaya menerima biasiswa pendidikan di bawah tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi pembiayaan pendidikan Instititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam satu majlis taklimat dan penyerahan biasiswa IPTA sesi 2018/2019 di Menara Zakat, Alor Setar Kedah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif,Syeikh Zakaria Othman Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), kebanyakan penerima biasiswa ini adalah mereka yang tergolong dalam asnaf fisabilillah.

Selain itu tajaan biasiswa ini juga turut meliputi pelbagai bidang pengajian di seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Sehubungan itu, biasiswa ini juga merupakan satu platform strategik dalam jangka masa panjang untuk tujuan pembangunan pendidikan anak-anak kedah dalam kategori asnaf fi sabilillah.

Syeikh Zakaria berkata, Lembaga Zakat Negeri Kedah akan menaja biasiswa ini sehingga pelajar tersebut tamat pengajian, namun pelajar yang menerima biasiswa ini perlu mengikat perjanjian dengan LZNK yang mana mereka perlu memastikan kecemerlangan akademik mereka berterusan sehingga tamat pengajian dengan memperoleh CGPA minimum 3.5 dan ke atas.

Tambahnya lagi, setiap pelajar akan menerima pembiayaan bagi kos pengajian bagi setiap tahun berjumlah RM 7500.00.

Sehubungan itu, Syeikh Zakaria amat berharap bahawa kesemua pelajar yang menerima tajaan biasiswa ini dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya memperoleh kejayaan yang memberangsangkan demi masa depan mereka dan keluarga di masa hadapan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”