13 Disember 2016 – QSR Brands Bhd. (QSR) hari ini menunaikan zakat perniagaan bagi kewangan berakhir tahun 2016 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Wakil QSR, Muhammad Hazim bin Hazani selaku Eksekutif Halal Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal menyerahkan cek berjumlah RM297,707.40 sebagai zakat perniagaan kepada Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob selaku Ketua Pegawai Eksekutif LZNK.

Turut hadir bersama adalah Eksekutif Capaian Aspiraso Sdn. Bhd., Mohd Mizan Azam bin Noh.

QSR Brands Bhd. merupakan antara syarikat yang tidak asing lagi dalam menunaikan zakat perniagaan mereka. Semoga perniagaan mereka terus maju dan berkembang pesat dengan penubuhan lebih banyak cawangan-cawangan baru.

news_qsr1