22 Januari 2017 – Perkembangan ilmu dan teknologi hari ini sangat pesat membangun. Sangat rugi sekiranya arus permodenan ini dibiarkan berlalu tanpa mengambil sedikit pun kebaikan dan manfaat daripadanya. Justeru, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Jabatan Komunikasi Korporat (JKK)  hari ini terpanggil untuk mengadakan Kursus Kemahiran Perisian Microsoft Word, Excel dan Komunikasi Emel bagi memperkasakan ilmu yang sangat diguna-pakai ketika ini.

Kursus ini bertujuan memantapkan kemahiran wargakerja LZNK ke arah lebih efisyen dan lebih berdaya saing dalam mempersiapkan diri ke arah budaya kerja yang lebih sistematik.

Pengurus Besar JKK, Mohd Sani bin Harun berkata, kursus ini sewajarnya menjadi kursus tahunan bagi meningkatkan lagi pengetahuan semasa memandangkan perisian ini sentiasa di kemaskini versinya.

…LZNK amat perihatin dengan pengetahuan semasa dan kursus ini dilihat mampu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan wargakerja LZNK.

Pengarah programnya, Ahmad Hambali Mohd Puat yang turut bersama-sama didalam kursus ini mengulas, kursus ini diadakan sebagai menambah-baikkan format surat-menyurat, kaedah penulisan, kemahiran dan kelebihan yang tidak diketahui ramai melalui perisian Microsoft Word dan Excel ini.

…Kursus ini penting dalam mengukuhkan kemahiran sedia ada wargakerja LZNK. Sememangnya ia menjadi matlamat kami (LZNK) dalam persiapan ke arah budaya kerja yang lebih maju.

news_kursus_5 news_kursus_4 news_kursus_3 news_kursus_2