8 Disember 2016 – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah perumpamaan yang tepat menggambarkan kisah adik Muhammad Fazzren yang disahkan menghidap penyakit leukemia sejak Ogos lalu.

 

Bapanya, Mohamad Firdaus Ismail, 32, berkata, anaknya sudah lebih 20 kali menjalanakan rawatan susulan (kimoterapi) sebulan sekali di Hospital Pulau Pinang dan rawatan biasa di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Pengurus Zakat Cawangan Kota Setar, Mohd Shabudin Ahmad yang hadir bersama-sama pegawai Jabatan Komunikasi Korporat, Ahmad Hambali Mohd Puat berkata, kisah penderitaan aidk Fazzren ini dalam makluman mereka.

Kami telah ke rumah beliau (Mohammad Firdaus) untuk melihat keadaan adik Fazzren dan bantuan bernilai RM2,500.00 telah diberikan.

Terdahulu, kakitangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah ke rumah berkenaan bagi melihat sendiri dan hasilnya bantuan Sekaligus bernilai RM2,500 diluluskan sebagai meringankan beban kewangan mereka.

Mohd Firdaus yang hanya bekerja kampung terpaksa mencari sumber pendapatan yang lain disebabkan kos ulang-alik ke hospital menelan jumlah yang agak besar.

Rutin harian saya banyak dihabiskan di hospital dan setiap hari Fazzren akan dicucuk untuk dimasukkan ubat.

Bantuan Sekaligus telah diserahkan kepada Mohd Firdaus dan LZNK akan terus memantau perkembangan adik Fazzren dari semasa ke semasa.

news_adik-fazren2