YAN, 22 JANUARI 2020 – Bantuan baikpulih rumah telah lama diwujudkan di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dibawah asnaf Miskin.

Ia bertujuan bagi membantu mereka yang tidak mampu menyediakan kediaman yang sempurna untuk keselesaan keluarga.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Yan (PZDY), Kapten (B) Abdul Nasir Hasan bersama Penolong Amil LZNK turun ke lokasi bagi meninjau beberapa buah rumah yang masih dalam projek bantuan baikpulih rumah dan juga rumah yang sudah siap dibaikpulih oleh kontraktor yang dilantik LZNK.

Hal, Ini bagi menentukan kos yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja membaikpulih rumah berkenaan dapat ditentukan dengan lebih sempurna.

Selain itu pemantauan ini juga dijalan bagi memastikan proses baikpulih rumah dilaksanakan dengan sempurna.

Antara kawasan yang ditinjau melibatkan sekitar Kampung Titi Teras, Yan Kedah

Semoga bantuan ini dapat terus dilaksanakan bagi melaksanakan amanah pembayar zakat.

 

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”