-
ALOR SETAR, 30 MEI 2019 - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membelanjakan lebih RM 6.13 juta demi membantu golongan memerlukan melalui Bantuan Pendidikan Zakat Kedah. Program tersebut telah disempurkan oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato' Sheikh Haji Abdul Rahman Haji Abdullah di Dewan Sultan Badlishah Maktab Mahmud, Alor Setar. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, peruntukan kewangan berkenaan diagihkan kepada penerima mengikut kategori masing-masing. Katanya, Zakat Kedah menyalurkan lebih RM 1.86 juta bantuan pembangunan Institusi Pondok Kedah 2019 untuk 7 buah sekolah pondok di Kedah. Manakala, lebih RM 1.4 juta dibelanjakan untuk membantu 34 buah sekolah agama rakyat melalui Bantuan Pengurusan Tahunan Sekolah Agama Rakyat 2019. Antara lain, Bantuan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran ke Mesir diberikan kepada 329 orang pelajar dianggarkan sebanyak RM1,726,000.00, manakala
Baca Selanjutnya -
BALING, 30 MEI 2019 - Dalam kemeriahan menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terus giat dalam melakukan pengagih bantuan ke seluruh negeri kedah secara amnya. Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman telah merasmikan Majlis Berbuka Puasa dan Agihan Bantuan Raya kepada para penerima bantuan di kalangan asnaf dekat Baling. Majlis yang dijalankan di Masjid Ubudiah Kampung Ketemba, Baling telah dihadiri oleh penolong-penolong Amil, pegawai Masjid dan Asnaf penerima bantuan bulanan daripada Kariah Ketemba. Syeikh Zakaria dalam ucapannya, menzahirkan mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua penolong Amil yang telah menjadi tulang belakang dan sedikit sebanyak membantu LZNK dalam mengagih bantuan kepada asnaf di setiap kampung di Negeri Kedah. Terdahulu Beliau hadir merasmikan program sekaligus menyampaikan Kit Bantuan Hari Raya Khas kepada asnaf di
Baca Selanjutnya -
BALING, 30 MEI 2019 - Kediaman Habsah Senawi, 60 tahun yang tinggal di Kampung Kuala Lesong Baling mengalami kerosakkan yang teruk apabila sebatang pokok kabu tumbang lalu menghempap bumbung rumahnya baru-baru ini. Menceritakan detik-detik cemas yang dialami beliau, Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang itu bermula dengan cuaca mendung disusuli dengan angin kuat sekaligus dengan tiba-tiba bumbung rumah beliau ditimpa pokok kabu. Namun begitu, maklumat tentang musibah yang menimpa keluarga habsah disampaikan oleh Penolong Amil Kariah Kuala Darak, Ustaz Yusof Ismail kepada pihak pejabat zakat daerah baling. Pihak pejabat zakat daerah baling, melalui penolong pegawainya ,ustaz Mansor Musa hadir bersama penolong amil kariah bagi menyalurkan bantuan kit makanan segera dan menyerahkan borang untuk bantuan susulan. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH “PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas
Baca Selanjutnya -
KUALA MUDA, 30 MEI 2019 - Pihak Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda telah berjaya menjalankan satu taklimat dan penerangan berkaitan program agihan terbaru yang dijalankan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Program itu turut 102 orang penolong amil dari 76 buah masjid yang terdapat dalam daerah Kuala Muda dijemput ke majlis berkenaan. Majlis yang diadakan di Masjid Al-Abrar, Taman Peruda bertujuan memberi penerangan kepada semua penolong amil mengenai program agihan terbaru yang akan dijalankan tersebut. Pusat Bekalan Makanan (Food Bank) telah mula diperkenalkan pada tahun 2018 dengan dimulakan di daerah Baling dan Sik. Menjelang bulan Mei 2019, program ini sudah menyeluruh ke semua daerah dalam Negeri Kedah termasuklah daerah Kuala Muda. Dalam masa yang sama, penerangan berkaitan bantuan terbaru yang dinamakan sebagai Kit Ramadhan turut dijelaskan kepada semua penolong amil
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 29 MEI 2019 - Umat Islam di Kedah dinasihatkan bayar zakat fitrah kepada amil sah yang dilantik Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman berkata, amil dilantik LZNK akan mengeluarkan resit berwarna maroon setiap kali pembayaran dibuat bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan mencetak resit palsu. Katanya setiap tahun LZNK mencetak resit zakat fitrah dengan warna berlainan, tahun ini resit yang dikeluarkan mempunyai 3 warna mengikut 3 kadar jenis beras yang dimakan antaranya resit berwarna maroon bagi kadar RM7.00, warna oren bagi kadar RM14.00 dan warna merah bagi kadar RM21.00. beliau berkata demikian selepas perasmian Kaunter Pandu Lalu yang dirasmikan oleh Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato Syeikh Fadzil Haji Awang di Menara Zakat Kedah. Menurut Syeikh Zakaria,
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 29 MEI 2019 - Jabatan Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah baru-baru ini telah menganjurkan satu program singgah sahur bersama anggota badan beruniform di 3 daerah. Program yang bermula seawal jam 3.30 pagi itu dimulakan dengan daerah Kota Setar, Pokok Sena dan diakhiri dengan daerah Padang Terap. Sepanjang program itu berlangsung Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengagihkan sebanyak 300 bungkus makanan dan minuman kepada petugas-petugas anggota polis, bomba, kakitangan hospital dan sebagainya. Antara tujuan program ini dilakukan adalah untuk menghargai jasa serta penat lelah para petugas-petugas anggota polis, bomba serta kakitangan hospital yang setiap hari tanpa mengira waktu sanggup bersengkang mata mengerah keringat dalam memastikan keselamatan masyarakat awam dan Negara terjaga dengan elok dan selamat. Turut hadir sama dalam program tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Agihan dan Pembangunan
Baca Selanjutnya -
PZD YAN AGIH BANTUAN GURU AGAMA, ELAUN PEGAWAI MASJID DAN SAGUHATI PENOLONG AMIL KEPADA 697 PENERIMA
YAN, 29 MEI 2019 - Salah satu daripada 8 asnaf yang berhak menerima zakat adalah asnaf fi sabilillah. Sebahagian daripada skim bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah dibawah asnaf fi sabilillah adalah Bantuan Guru Agama, Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT, Bantuan Baikpulih Masjid dan berbagai-bagai lagi skim bantuan yang telah diwujudkan. Terdahulu Pejabat Zakat Daerah Yan telah menyempurnakan penyerahan bantuan kepada 697 penerima. Sebanyak 3 skim bantuan diadakan secara serentak iaitu Bantuan Guru Agama, Elaun Pegawai Masjid dan Saguhati Penolong Amil. Dalam pada itu Pegawai Zakat daerah Yan, Kapten (B) Abdul Nasir berkata, semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak menyuntik semangat penerima yang berperanan menyampaikan risalah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. kepada ummah. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH “PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 –
Baca Selanjutnya -
YAN, 29 MEI 2019 - Jabatan Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Tua Pondok Moden An Nahdzah, Bukit Besar Yan Kedah. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah dan hubangan silaturahim bersama 38 orang penghuni warga tua bersama warga kerja Lembaga Zakat Negeri Kedah. Tambahnya lagi, majlis ini merupakan julung kali diadakan di pondok tersebut sejak dibina oleh LZNK. Selain itu, LZNK turut menyerahkan bantuan bebentuk Kit Bantuan Makanan kepada penghuni-penghuni tersebut. Majlis yang bermula seawal jam 6.00 petang itu dimulakan dengan ucapan daripada Pengetua Pondok Moden An Nahdzah serta ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif LZNK dan disusuli dengan berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan terawih. Kemudian, diadakan tazkirah ringkas oleh Ustaz Abdul Hadi, Ketua Bahagian Dakwah dan Penyelidikan. Turut hadir
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 22 MEI 2019 - Baru-baru ini telah berlangsung satu majlis penyerahan agihan balik zakat sekolah fasa pertama bagi tahun 2019 berjumlah RM 5,076,074.16 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Penyerahan tersebut telah disampaikan sendiri oleh, Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato Syeikh Fadzil Haji Awang, kepada Ketua Unit Dakwah (JPN), Haji Mohd Syauqi Ismail sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman bertempat di Dewan Sultan Badlishah Maktab Mahmud, Alor Setar Kedah. Dalam pada itu, Syeikh Zakaria Othman berkata, kepada semua agensi dan syarikat yang menunaikan zakat perlulah membuat pengiraan zakat mengikut taksiran yang tepat, selain itu mereka juga berpeluang mendapat agihan balik untuk diagihkan kepada mereka dan sesiapa sahaja yang berkelayakan. Selain itu majlis tersebut juga turut melibatkan hampir 700 orang wakil daripada JPN,
Baca Selanjutnya -
PADANG TERAP, 22 MEI 2019 - Pejabat Zakat Daerah Padang Terap baru-baru ini telah Mengadakan satu Majlis Penyerahan Elaun Pegawai Masjid dan Saguhati Aidilifitri Kepada Penolong Amil yang terdiri daripada 34 Buah Masjid Di Seluruh Daerah Padang Terap bertempat Di Masjid Pulau Kijang, Kuala Nerang. Menurut Pegawai Zakat Daerah Padang Terap, Ustaz Juhan Mukhriz Bantuan tersebut telah diperuntukan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah saguhati kepada pegawai masjid dan penolong amil yang sedikit sebanyak membantu Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam mempermudahkan urusan permohonan bantuan zakat serta menyalurkan infomasi berkaitan asnaf yang berada di setiap kariah mereka. Dalam pada itu, Rata-rata Penerima yang hadir pada majlis tersebut Merasa Sangat Gembira dan bersyukur kerana sedikit sebanyak bantuan ini dapat meringankan beban mereka dan saguhati tersebut dapat digunakan untuk membuat persediaan dan
Baca Selanjutnya