15 Disember 2016 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Kedah hari ini menunaikan zakat perniagaan mereka bagi tahun kewangan berakhit 2016 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Pengarah CIDB Negeri Kedah, Encik Mohd Noor bin Ab Rahman menyerahkan cek berjumlah RM31,358.00 kepada Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob selaku Ketua Pegawai Eksekutif LZNK.

Turut hadir bersama adalah Ketua Pegawai Operasi ABM Wilayah Utara, Encik Mohd Nazri bin Zakaria serta Puan Nadia Ilyani bt Shaari daripada bahagian akauntan.

Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali melahirkan rasa berterima kasih tak terhingga atas bayaran zakat yang telah ditunaikan oleh CIDB.

Besar maknanya bagi asnaf di negeri Kedah ini dengan bayaran zakat ini. Semoga CIDB terus berkembang pesat dan terus maju jaya di masa hadapan.

news_cidb2