KULIM, 12 JUN 2019 – Pusat Bekalan Makanan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah berjaya dilancarkan Khamis lalu di kesemua masjid sekitar daerah Kulim.

Program “Food Bank” ini menyasarkan golongan asnaf Fakir dan Miskin yang terputus sumber pendapatan atau berada didalam situasi kecemasan melibatkan keperluan asas.

Malah, ianya turut memudahkan masyarakat (asnaf) untuk mengakses bekalan makanan apabila ianya diuruskan oleh pihak masjid kariah mereka.

“Usaha ini dilaksanakan oleh pihak LZNK bagi membantu asnaf yang memerlukan untuk memperolehi bekalan makanan semasa berlakunya kecemasan. Sebagai contoh, seorang ketua keluarga yang jatuh sakit dan tidak dapat bekerja menyebabkan terputusnya sumber kewangan boleh mendapatkan bekalan ini di masjid kariah mereka.

Bekalan ini akan menjadi bantuan sementara kepada mereka sebelum permohonan bantuan secara bulanan diproses oleh pihak kami.” ujar Ustaz Mohd Khairi Ishak semasa ditemui.

“Pihak kami turut meletakkan garis panduan bagi mengelakkan bantuan bekalan makanan ini disalahguna oleh penerima seperti menjalankan aktiviti jual beli barangan tersebut untuk membeli barang terlarang. Kekerapan pengambilan bantuan ini akan dinilai dari masa ke masa bagi mengelakkan penipuan dan sekiranya penerima tersebut memenuhi syarat, bantuan sewajarnya akan disalurkan kepada mereka.” tambahnya lagi.

Sebanyak 11 buah masjid telah dilantik sebagai Pusat Bekalan Makanan kepada 40 buah masjid sekitar daerah Kulim.

Pengagihan bekalan ini menggunakan sistem berkupon yang akan diagihkan kepada penerima bantuan ini sebagai bukti serta simpanan rekod pihak masjid dan LZNK.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”