ALOR SETAR, 10 DISEMBER 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) baru-baru ini sekali lagi menerima kunjungan lawatan kerja rasmi oleh delegasi Negara luar daripada Sokoto, Nigeria.

Lawatan rasmi daripada ‘Delegation of Sokoto State Zakat and Waqf (Endowment), Commission, Nigeria’ (SOZECOM) itu diketuai oleh Mr Muhammad Lawal Maidoki (Executive Chairman) bersama Huraira Faruk Aminu (Ag Dir Finance) dan Abdulkadir Garba (Internal Auditor).

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau Pusat Bekalan Makanan Lembaga Zakat Negeri Kedah (Zakat Kedah Food Bank) di Masjid Zahir untuk melihat sendiri Kit Bantuan Makanan Asasi LZNK dan Kit Jenazah LZNK yang ditempatkan di masjid berkenaan. Kedua-dua kit ini diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan makanan atau pengurusan jenazah daripada asnaf fakir dan miskin.

Selain itu, Deligasi ini turut diterangkan berkenaan 8 barangan makanan yang diberikan kepada asnaf keseluruhannya merupakan produk Muslim kerana zakat itu dikutip daripada Muslim serta diagihkan kepada Muslim dan memang sepatutnya barangan yang dibekalkan oleh produk Muslim. Kitaran yang lengkap bagi membantu sesama Muslim.

 

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”