Muat-turun borang bantuan yang disediakan dibawah ini dengan hanya satu (1) klik sahaja. Panduan permohonan juga disediakan dibawah ini.

Biasiswa Pengajian Pelajar Dalam Negara (IPTA) – DITUTUP

Berita baik kepada pelajar Kejuruteraan / Bioteknologi / Sains Gunaan / Sains Kuantitif / Sains Tulen / Sains Perubatan / Kewangan / Perbankan / Ekonomi / Perakaunan / Pengajian Islam, kini anda boleh mendapatkan biasiswa pendidikan LZNK.

Permohonan Kaunter Bergerak

LZNK mempunyai Kaunter Zakat Bergerak yang bertujuan untuk mengadakan pameran mahupun sebagai tempat tumpuan orang ramai bertanyakan soalan, kemusykilan serta permohonan bantuan zakat.

Permohonan Tazkirah & Khutbah Jumaat

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pencerahan mengenai perihal zakat melalui tazkirah/khutbah Jumaat, lengkapkan borang ini.

Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir/Jordan/Indonesia [DIBUKA]

Tawaran Dermasiswa Melanjutkan Pengajian ke Indonesia, Mesir dan Jordan kini dibuka. Sila klik pautan tersebut untuk terma dan syarat.

Derma Siswa Awal IPT Luar Negara

Bakal melanjutkan pengajian di IPT Luar Negara tetapi tidak berkemampuan untuk menjelaskan yuran? Bantuan ini akan meringankan beban kewangan anda di awal kemasukan ke IPT.

Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan

Baru melanjutkan pengajian di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/PhD? Bantuan ini untuk anda bagi yang baru memasuki pengajian awal di dalam negara.

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Maahad Ad Dini 2018

Tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Maahad Ad Dini (Sekolah Lembaga Zakat Negeri Kedah) kini DIBUKA! Muat turun syarat-syarat kemasukan dan borang permohonan dan hantarkan kepada kami sebelum atau pada 30 November 2017.

Bantuan Guru Agama Kampung 2018

Permohonan Bantuan Guru Agama Kampung kini DIBUKA! Muat turun syarat-syarat permohonan beserta borang untuk diisi dan hantar kepada kami sebelum atau pada 31 DISEMBER 2017.

Top