BALING, 14 MEI 2019 – Dalam kemeriahan umat islam menyambut Bulan Ramdhan Al-Mubarak ini, tanpa kita sedar ada insan-insan yang masih terpinggir jauh di pedalaman desa yang hanya hidup sebatang kara.

Hatun Awang atau mesra dengan panggilan Makcik Tun,70, dari Kampung Banggol Berangan, Tembak A, hidup seorang diri di kediaman beliau yang sangat dhaif.

Sebelum ini kisah beliau telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan juga wartawan tempatan.

Baru-baru ini Pejabat Zakat Daerah Baling pula tampil bagi menziarahi dan mendalami kisah hidup yang dialami oleh Hatun Awang.

Menurut beliau, beliau mula hidup seorang diri selepas kematian suami, selain itu beliau juga mempunyai seorang anak namun anaknya sudah lama tidak pulang menziarahi beliau di kampung.

Hal demikian, segala pengurusan diri terpaksa dibuat dan ditanggung oleh beliau sendirian. Menurut maklumat yang diterima, Makcik Hatun telah menerima bantuan bulanan JKM RM350 secara bulanan.

Prihatin dengan keadaan beliau, pejabat zakat daerah Baling melalui pegawainya ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin tampil bagi menyalurkan bantuan berupa beras dan wang ikhsan sebanyak RM 100.00 untuk tujuan kegunaan bagi perbelanjaan harian beliau.

Dalam pada itu, Ustaz Ahmad Mustaqim berkata pihak Zakat Kedah akan menyalurkan bantuan susulan selepas segala dokumentasi selesai.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” 
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”