BALING, 02 JANUARI 2020 – Baru-baru ini, Pejabat Zakat Daerah Baling berpeluang menghadiri majlis penyerahan zakat oleh Koperasi Pasar Melayu Baling yang diadakan di Rumah Amal Baling.

Majlis ini menjadi rutin saban tahun bagi koperasi tersebut dalam menunaikan kewajipan berzakat.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Zakat Daerah Baling Ustaz Mustaqim Zainul Abidin.

Selain serahan zakat, di dalam majlis itu juga turut berlangsung agihan zakat kepada asnaf yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan asnaf koperasi.

Seramai 135 individu telah terpilih untuk menerima agihan zakat ini dan juga tidak ketinggalan kepada 6 buah pusat tahfiz terpilih yang mana setiap daripada mereka akan menerima wang sejumlah RM2000.

Menurut Pengerusi Koperasi, Haji Alias Abu Bakar, jumlah bayaran zakat koperasi bagi tahun akhir 2019 adalah sebanyak RM 61,807.02 dan penerima agihan zakat bagi tahun tersebut meningkat berbanding tahun lepas.

Pihaknya memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas nikmat dan kurniaan ini.Bagi pihak zakat pula melalui ucapan Pegawai Zakat Daerah Baling,beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak koperasi di atas usaha baik dan murni ini.

Semoga Koperasi Pasar Melayu Baling dilimpahi rahmat dan diberikan keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukan katanya.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”