ALOR SETAR, 11 JUN 2020 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengedarkan bantuan fasa terakhir Bantuan Covid-19 kepada penerima di seluruh daerah di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, agihan bernilai lebih RM3 juta itu diedarkan kepada 578 buah masjid mulai hari ini dan esok.

Bantuan berkenaan akan disalurkan sebanyak 12 daerah di seluruh negeri Kedah kepada penerima melalui pusat bekalan makanan yang diuruskan oleh penolong amil di setiap masjid.

“Antara keperluan asas yang diedarkan adalah kicap, beras dan sardin. Selepas penolong amil menerima semua barangan ini mereka akan edarkan kepada penerima yang telah disenaraikan, “katanya ketika lawatan di Pusat Pengumpulan Bantuan Makanan Covid-19 di Kompleks Pembangunan Asnaf di sini semalam.

Menurutnya, LZNK memperuntukkan dana sebanyak RM10,872,834 bagi keseluruhan empat fasa bantuan sejak 18 Mac lalu hingga hari ini.

“Sejak fasa 1 hingga fasa 4 ini kita telah edarkan sebanyak 1,000 beg beras setiap masjid di negeri Kedah.

“Alhamdulillah ini adalah usaha LZNK untuk memastikan tidak ada rakyat kedah yang terputus bekalan sepajang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman, Pegawai Khas Agama kepada YAB Menteri Besar Kedah, Syeikh Yusoff Ahmad dan Ketua Komunikasi Strategik LZNK, Muhammad Faiz Hussin Shokri.

“kita juga bersyukur kerana tidak menerima sebarang aduan berkaitan rakyat negeri ini yang kelaparan atau terputus bekalan.

“Sekiranya terdapat penduduk kampung yang terputus bekalan makanan mereka boleh menghubungi penolong amil atau pejabat zakat terdekat,”katanya.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”