ALOR SETAR, 12 DISEMBER 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menjadi agensi zakat pertama di dunia melatih pegawai zakat dari negara Islam membangun di Akademi Zakat Antarabangsa Kedah (KIZA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria Othman, berkata sehingga kini pihaknya sudah melatih wakil agensi zakat dari Uganda dan Ghana dan terkini adalah Nigeria.

Katanya, mereka adalah terdiri daripada pakar Teknologi Maklumat (IT) yang mempelajari mengenai modul dan kaedah kutipan zakat yang disediakan LZNK.

“Agensi zakat luar negara yang berminat hanya perlu tanggung kos pegawai mereka ke Malaysia dan LZNK akan sediakan tempat mereka mengikuti modul merangkumi bidang perakaunan dan audit.

“Selepas ini, kita dijangka menerima pegawai zakat dari India, Senegal dan Tanzania. Kita juga akan memperkenalkan mereka aplikasi Zakat On Touch (ZOT) yang akan memudahkan pembayar memantau dan menyemak kutipan serta pengagihan zakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama Syarikat-Syarikat Korporat dan Pelancaran Sistem ZOT, di sini.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, pihaknya juga bakal mendapat bantuan Islamic Development Bank (IDB) Jeddah dalam memperkemaskan lagi bidang pengurusan zakat.

“Mereka (IDB) lihat kita berpotensi dalam memberi khidmat kepada negara Islam membangun, dalam masa sama pengurusan kita juga dilihat telus tanpa ada apa-apa yang terselindung.

“Jadi kita mengalu-alukan negara Islam lain serta lembaga zakat dari negeri lain mempelajari sistem yang kita ada, setakat ini yang Lembaga Zakat Selangor (MAIS) turut akan datang mempelajari modul LZNK,” katanya.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”