BALING, 8 MEI 2019 – Seramai hampir 140 orang wakil masjid seluruh Daerah Baling berkesempatan hadir bagi Majlis Pentauliahan Amil Fitrah peringkat Daerah Baling di Dewan Akasia Baling Inn, Charok Nau.

Program yang berlangsung hampir seharian itu mendapat respon yang amat baik daripada semua pihak.

Program ini turut melibatkan pembentangan daripada Jabatan Zakat Harta dan Jabatan Kewangan, LZNK berkenaan dengan garis panduan dan sedikit maklumat terbaru bagi penambahbaikkan semasa dalam pengurusan kutipan amil fitrah.

Dalam ucapan Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin, beliau sempat mengingatkan kepada para amil fitrah supaya menjaga wang kutipan dan anak-anak kariah perlu membayar Zakat Fitrah tersebut kepada amil yang telah ditauliahkan melalui perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Tambahnya lagi, beliau turut berharap agar kutipan zakat di Daerah Baling akan terus meningkat berbanding pada tahun sebelumnya.

Sehubungan dengan itu PZD Baling amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan program pentauliahan amil fitrah pada kali ini. 

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”