BANDAR BAHARU, 24 OKTOBER 2019 – Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu,  Haji Md Sharif Md Isa bersama Penolong Pegawainya turun padang ke Kampung Permatang Kerat Telunjuk bagi melawat mangsa ribut Idris Mat Taib, 90 tahun.

Samsudin 55 tahun, anak kepada Idris ketika ditemui menceritakan detik kejadian tersebut.

Akibat daripada angin kuat dan hujan lebat, sebatang pokok telah tumbang menghempap bumbung dibahagian dapur rumah menyebabkan bumbung rosak serta beberapa barang mengalami kerosakan.

Katanya, Bapanya yang tinggal seorang diri itu bernasib baik kerana ketika kejadian bapanya sedang berada di ruang tamu.

Lawatan kakitangan PZDBB mendapati keadaan bumbung tersebut sudah uzur dan terdapat kayu-kayu yang telah reput.

Dalam kunjungan yang sama, Haji Md Sharif turut menyerahkan wang bantuan zakat kepadaIdris bagi meringankan beban yang ditanggung beliau akibat bencana tersebut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”