KULIM, 12 JUN 2019 – Bidang jahitan bukan lagi asing dalam kalangan kaum wanita, malah ramai yang telah berjaya menjadi pereka fesyen terkenal apabila menceburi kerjaya tersebut.

Sehubungan itu, tidak hairanlah jika penganjuran latihan dan kursus seni kreatif jahitan, kebanyakan golongan wanita berlumba-lumba untuk menyertainya dan menjadi penyertaan mutlak bagi mereka buat masa kini.

Terdahulu, Pejabat Zakat Daerah Kulim telah menyalurkan bantuan jaya diri kepada isteri Mohd Nurudin Abdul Rahman di Taman Kemuning, Kulim baru-baru ini.

Bantuan yang disalurkan adalah berbentuk sebuah mesin jahit bernilai RM 1,950.00 yang akan membantu keluarga ini mengembangkan perniagaan jahitan baju mereka.

Penolong Pegawai Bahagian Agihan dan Pembangunan Asnaf Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khalil Mohd Zain bersama pembekal telah melakukan penyerahan mesin jahit tersebut di kediaman mereka.

“Pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) memiliki pelbagai skim bantuan yang boleh memberikan manfaat kepada asnaf-asnaf di Negeri Kedah.

Skim Bantuan Jaya Diri ini adalah merupakan salah satu daripada bantuan yang memiliki impak yang besar kepada perniagaan asnaf.

Namun, masih terdapat diantara penerima bantuan ini berhenti di pertengahan jalan dan menjual peralatan yang diberikan.

Hal ini telah memaksa pihak LZNK mengetatkan syarat-syarat kelayakan untuk menerima bantuan sebegini.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”