Muat-turun borang bantuan beserta panduan permohonan dibawah ini.

PERMOHONAN BANTUAN GURU AGAMA KAMPUNG 2019

Permohonan Bantuan Guru Agama Kampung 2019 kini DIBUKA!
Muat turun syarat-syarat permohonan beserta borang untuk diisi dan hantar kepada kami sebelum atau pada 14 FEBRUARI 2019.

Permohonan Kaunter Bergerak

LZNK mempunyai Kaunter Zakat Bergerak yang bertujuan untuk mengadakan pameran mahupun sebagai tempat tumpuan orang ramai bertanyakan soalan, kemusykilan serta permohonan bantuan zakat.

Permohonan Tazkirah & Khutbah Jumaat

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pencerahan mengenai perihal zakat melalui tazkirah/khutbah Jumaat, lengkapkan borang ini.

Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir/Jordan/Indonesia/Maghribi

Tawaran Dermasiswa Melanjutkan Pengajian ke Indonesia, Mesir, Jordan dan Maghribi kini dibuka! Sila klik pautan tersebut untuk terma dan syarat.

Dermasiswa Awal IPT Luar Negara (2019)

Bakal melanjutkan pengajian di IPT Luar Negara tetapi tidak berkemampuan untuk menjelaskan yuran? Bantuan ini akan meringankan beban kewangan anda di awal kemasukan ke IPT.

Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan (2019)

Baru melanjutkan pengajian di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/PhD? Bantuan ini untuk anda bagi yang baru memasuki pengajian awal di dalam negara.

Tawaran Biasiswa Penuh Pendidikan (UniSHAMS) Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Berita baik kepada semua anak negeri Kedah yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama) dan Diploma secara sepenuh masa di UniSHAMS 2019, anda kini berpeluang mendapatkan Biasiswa Pendidikan LZNK bagi Tahun 2019.

Syarat permohonan ini terbuka kepada semua bidang pengajian yang diiktiraf MQA dan JPA. Mohon secara Online sekarang!

Tarikh tutup permohonan :

Sebelum atau pada 04 MEI 2019

Permohonan Biasiswa Timur Tengah 2019

Permohonan BIASISWA TIMUR TENGAH 2019 bagi lepasan SPM dan Diploma Tahfiz Quran dan Qiraat kini DIBUKA!

*SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Islam
2. Anak Negeri Kedah atau telah bermastautin di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun
3. Tidak menerima sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.
4. Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup.
5. Merupakan pelajar tahun pertama bagi kemasukan sesi pengajian 2019/2020.
6. Memenuhi syarat minima yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
7. Lulus temuduga khas kemahiran Bahasa Arab yang akan dijalankan oleh pihak LZNK.

Muat turun borang permohonan dan hantarkan kepada kami sebelum 16 MEI 2019!

Permohonan Tempahan Dewan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Tempahan Dewan Lembaga Zakat Negeri Kedah kini dibuka sepanjang tahun!

Kemudahan yang disediakan termasuklah:

  • Dewan Berhawa Dingin
  • Meja Banquet
  • Kerusi Plastik
  • Sofa
  • Sistem Siaraya

Muat turun syarat-syarat beserta borang tempahan dan hantarkan kepada kami sekarang!

Permohonan Bantuan Pengurusan Dan Pentadbiran

Permohonan Bantuan Pengurusan Dan Pentadbiran (Sekolah Rendah Agama/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Pondok) kini DIBUKA!

*SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Permohonan ini hendaklah dikemukakan bersama profil sekolah /pondok :-
– Salinan Kad Pengenalan Pengetua atau Guru Besar Sekolah
– Salinan Sijil Pendaftran Sekolah
– Salinan Geran Tanah Sekolah/Pondok yang berdaftar dibawah MAIK
– Salinan Akaun Bank Sekolah/ Pondok
2. Senarai jumlah guru, kakitangan sekolah dan pelajar
– Nama
– No. Kad Pengenalan

Muat turun borang permohonan dan hantarkan kepada kami sekarang!

TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHUN 2019

Tawaran kemasukan ke tingkatan 1 Maahad Dini Sultan Abdul Halim kini dibuka!  Muat turun syarat dan borang permohonan dan hantarkan ke Pejabat Maahad Dini Sultan Abdul Halim sebelum atau pada 29 November 2018.

Permohonan secara online juga tersedia di pautan ini :

TAWARAN KEMASUKAN KE PONDOK MODEN ZAKAT KEDAH SESI 2019

Tawaran kemasukan ke Pondok Moden Zakat bagi tahun 2019 kini dibuka!  Muat turun syarat dan borang permohonan dan hantarkan ke  Pondok Moden Zakat Kedah
atau Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan, Lembaga Zakat Negeri Kedah atau
Pejabat Zakat Daerah yang berhampiran sebelum atau pada 20 Disember 2018.

Permohonan Biasiswa Asnaf Cemerlang Tahun 2019

Berita baik kepada pelajar SMA di negeri Kedah, anda kini berpeluang mendapatkan Biasiswa Asnaf Cemerlang Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi tahun 2019. Muat turun Syarat Permohonan dan Borang Permohonan untuk diisi dan hantar ke sekolah yang telah disenaraikan . Tarikh Tutup Permohonan adalah sebelum atau pada 13 Disember 2018.

Biasiswa Pendidikan IPTA Lembaga Zakat Negeri Kedah

Berita baik kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) anak Negeri Kedah yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (iaitu Ijazah Pertama) secara sepenuh masa, anda kini berpeluang mendapatkan Biasiswa Pendidikan LZNK bagi Tahun 2019. Syarat permohonan ini terbuka kepada semua bidang pengajian yang diiktiraf MQA dan JPA. Permohonan Biasiswa Pendidikan ini dibuka sepanjang tahun secara dalam talian melalui Portal Biasiswa LZNK. Tarikh Tutup Permohonan sebelum atau pada 31 Disember 2019

Permohonan Tajaan Pengajian Mesir 2019

Lembaga Zakat Negeri Kedah membuka tawaran kepada seluruh pelajar berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM 2018) yang berminat untuk mengikuti ujian khas Bahasa Arab bagi tujuan tajaan menyambung pengajian ke Universiti Al Azhar, Mesir seperti maklumat berikut :

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
  • Anak Kedah, atau bermastautin di Kedah tidak kurang (2) tahun.
  • Sekurang-kurangnya mendapat pangkat Jayyid Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM 2018).
  • Lulus temuduga khas kemahiran Bahasa Arab yang dijalankan oleh pihak LZNK.
  • Permohonan akan dibuka mulai 24 Januari 2019 hingga 7 Februari 2019
en_USEnglish
en_USEnglish