BANDAR BAHARU, 21 MEI 2019 – Sudah menjadi satu kelaziman apabila Program Hari Bersama Komuniti anjuran Pusat Internet mengundang Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu untuk turut serta bagi memeriahkan program tersebut.

Program yang berlangsung selama dua hari itu, PZD Bandar Baharu mengambil inisiatif ini untuk membuka kaunter zakat bagi memudahkan masyarakat setempat dalam membuat sebarang pertanyaan berkenaan zakat.

Pegawai Zakat Daerah BB, Haji Md Sharif Md Isa berkata tahun 2019 adalah tahun ke-2 pihak PZD Bandar Baharu dijemput untuk bersama dalam program Hari Bersama Komuniti anjuran Pusat Internet Daerah Bandar Baharu yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Menurut beliau, Pusat Internet di daerah ini terbahagi kepada beberapa kawasan dan setiap kawasan mempunyai programnya tersendiri sebagai Key Performance Indicator KPI mereka.

Tambahnya lagi, PZD Bandar Baharu yang mengamalkan konsep “sentiasa bersedia” tidak mengira masa akan terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini untuk membantu masyarakat sekitar selagi mana masyarakat atau komuniti Bandar Baharu masih memerlukan khidmat bantuan daripada Zakat Kedah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”