BANDAR BAHARU, 13 OGOS 2018 – Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu, melalui pegawainya Hj. Md Sharif Md Isa bersama penolong pegawai zakat berkesempatan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang Bandar Baharu baru-baru ini bagi menyampaikan sedikit pencerahan dan taklimat berkenaan zakat.

Dalam taklimat tersebut seramai 200 orang anggota polis ,berkesempatan hadir bagi mendengar sesi taklimat zakat yang disampaikan oleh Hj Md Sharif. kepada kakitangan IPD Bandar Baharu bagi memberi sedikit pendedahan berkaitan zakat pendapatan serta fungsi dan peranan Zakat di khusunya Negeri Kedah.

Penerangan tersebut lebih tertumpu kepada kewajipan menunaikan zakat pendapatan disamping zakat-zakat yang lainnya. Hal Ini bagi menyedarkan tentang kewajipan berbuat demikian kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah supaya pendapatan zakat dapat disatukan dan diagihkan kepada golongan asnaf.

Selaian itu, Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh zakat kedah bagi memberi kesedaran tentang kewajipan berzakat kepada masyarakat samada melalui taklimat, khutbah, tazkirah dan sebagainya.

Turut hadir sama, ketua IPD Bandar Baharu, Tuan Baharudin Wariso, serta kakitanganya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf