BALING, 24 SEPTEMBER 2018 – Satu taklimat zakat pendapatan telah diadakan di Klinik Pergigian Baling oleh Pejabat Zakat Daerah Baling buat para kakitangan klinik tersebut.

Taklimat yang berlangsung pada waktu petang itu telah dihadiri kira-kira seramai 40 orang staff dari klinik kesihatan tersebut dan, rata-rata kakitangan klinik sudah membuat pemotongan zakat mereka secara bulanan.

Namun, dengan adanya taklimat zakat pendapatan itu, kakitangan klinik tersebut telah membuat penambahan potongan zakat mereka kepada taksiran yang betul.

Oleh itu, Pejabat Zakat Daerah Baling berharap semoga dengan penambahan potongan zakat dari pembayar zakat di Negeri Kedah ini akan dapat membantu meringankan beban kehidupan golongan asnaf yang tidak berkemampuan di luar sana.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf