YAN, 15 JANUARI 2020 – Pejabat Zakat Daerah Yan telah melangsungkan satu Majlis Pentauliahan Penolong Amil bagi tahun 2020.

Majlis yang diadakan di Dewan Pejabat Majlis Agama Islam Daerah Yan itu telah dihadiri oleh kira-kira 50 orang penolong amil yang dilantik dari semua qaryah masjid di sekitar daerah Yan.

Majlis yang diadakan ini merupakan satu usaha LZNK bagi memantapkan pengagihan zakat di dalam Negeri Kedah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman.

Dalam ucapan beliau, beliau telah menjelaskan kepada para penolong amil mengenai syarat-syarat keperluan bagi seorang amil yang dilantik.

Penolong amil memegang satu amanah yang berat dalam sama-sama membantu mengurangkan kadar kemiskinan dalam qaryah masing-masing.

Selain itu beliau juga turut menyampaikan maklumat mengenai sistem aplikasi yang serba baru dan canggih pada masa kini yang akan diguna pakai oleh kesemua penolong amil seluruh negeri Kedah dan juga masayarakat setempat iaitu ‘Zakat On Touch’ (ZOT).

Majlis dimulakan dengan taklimat gerak kerja agihan dalam daerah Yan yang disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Yan, Kapten (B) Abdul Nasir Hasan.

Antara isi taklimat adalah berkisar prosedur-prosedur yang diperlukan dalam dokumentasi permohonan zakat.

Selain itu, turut diselitkan mengenai skim-skim bantuan yang disediakan oleh pihak LZNK disamping projek-projek besar yang telah dijalankan seperti projek ‘Food Bank’ dan juga Sistem Aplikasi ‘Zakat On Touch’ (ZOT).

Dalam program tersebut juga, para penolong amil bebas mengutarakan pendapat dalam memastikan kelancaran proses agihan.

Majlis yang berlangsung selama 2 jam tersebut diakhiri dengan penyampaian tauliah kepada para penolong amil yang dilantik. Penolong amil yang dilantik berperanan dalam mengesan dan mencadangkan bantuan yang bersesuaian kepada asnaf yang terdapat didalam qaryah masing-masing.

Asnaf kini hanya perlu berjumpa penolong amil di masjid bagi mendapatkan borang permohonan zakat. Tujuan utama perlaksanaan jawatan penolong amil adalah bagi memastikan tiada lagi asnaf yang terlepas pandang dari menerima zakat.

Pihak LZNK juga menyeru masyarakat agar menyebarluaskan lagi makluman jawatan penolong amil ini disetiap masyarakat. Sesungguhnya institusi masjid merupakan pihak yang paling dekat dengan masyarakat terutamanya dalam mengesan asnaf yang susah.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”