KOTA SETAR, 11 NOVEMBER 2018 – Usaha Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam memperluaskan hebahan dan seruan zakat di seluruh negeri Kedah giat dijalankan dari masa ke semasa.

Terdahulu, kakitangan Pejabat Zakat Daerah Kota Setar, berkesempatan turun padang bagi menyebarkan dakwah serta seruan zakat kepada peniaga-peniaga di sekitar kawasan Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sini.

Antara tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menyeru kepada semua pemilik restoran dan kedai untuk membuat bayaran zakat dengan mengikut taksiran yang tepat.

Hal demikian sekaligus dapat meningkatkan lagi kutipan zakat dengan sasaran RM300 juta pada tahun 2018 ini, Selain itu dengan dakwah zakat ini juga secara tidak langsung dapat membantu para asnaf di luar sana untuk mendapatkan bantuan zakat terus daripada pihak (LZNK).

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf