PIAGAM PELANGGAN

Akauntabiliti

• Status permohonan bantuan zakat boleh diperoleh dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan yang lengkap
• Pembayaran bantuan zakat dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan bantuan

Inovasi Dalam Memberi Perkhidmatan

• Menyediakan platform baru kepada pembayar zakat menunaikan zakat.
• Mempelbagaikan medium pengagihan zakat kepada penerima zakat.

Maklumat Sentiasa Tepat Dan Terkini

• Penyata bayaran zakat melalui potongan gaji / Ejen Kutipan dapat disemak oleh pembayar zakat dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembayaran. Tertakluk kepada maklumat yang lengkap
• Memperolehi resit rasmi dengan segera selepas pembayaran zakat dilakukan di kaunter.
• Membuat taksiran zakat dengan tepat dan betul berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pelanggan.

Layanan Yang Terbaik

• Memberikan layanan mesra kepada pembayar dan penerima zakat.
• Memberikan maklum balas segera terhadap aduan zakat yang diterima.
• Berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Top
en_USEnglish
en_USEnglish