31 C
Alor Star
Saturday, April 20, 2024

Sejarah Penubuhan PMZK

Pondok Moden Zakat Kedah merupakan cetusan idea daripada Syeikh Zakaria bin Othman (Ketua Pegawai Eksekutif LZNK), rentetan daripada siri jelajah beliau di beberapa buah pondok dan Institusi Pendidikan di Malaysia.

Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan Ulama’ yang kompeten dalam bidang ilmu agama dan ilmu duniawi yang bersedia untuk menjadi barisan kepimpinan dimasa akan datang.

Sistem pendidikan yang digunakan di PMZK adalah mengintegrasikan sistem pendidikan di Pondok Moden Darussalam,Indonesia dan Pondok Moden Al-Abaqirah (MAIWP). Dua tempat ini menjadi rujukan utama dalam menghasilkan modul pendidikan PMZK kearah melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri Ulama’ yang faqeh dan bersedia untuk memberi khidmat kepada Ummah.

Cetusan idea ini disambut baik oleh Sahibus Samahah Dato’ Mufti Kedah, Syeikh Fadhil Awang dan beliau turut sama-sama dalam usaha menjayakan hasrat penubuhan PMZK.

PMZK bakal beroperasi awal Mac 2018 di Kompleks Al-Hidayah (KEDA), Kg Che Bema, Sungai Petani dengan jumlah pelajar 40 Orang untuk kemasukan pertama. Kemasukan pelajar dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Falsafah PMZK

Mewujudkan pelajar yang penuh keilmuan dengan ketaqwaan serta memiliki sahsiah yang unggul serta berprofesionalisme.

VISI PMZK

Melahirkan tokoh yang benar-benar berwibawa dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai bidang ilmu agama.

MISI PMZK

Menjadikan pendidikan pondok terbaik di Negeri Kedah yang mampu melahirkan golongan cendiakawan Islam yang menguasasi pelbagai disiplin ilmu dan pendidikan yang bersepadu sebagai pelapis kepimpinan di masa akan datang.

Penubuhan PMZK memfokuskan kepada objektif seperti berikut:

  1. Melahirkan ulama’ rabbani yang pakar dalam bidang agama dan kehidupan.
  2. Mengisi kepakaran Islam dalam pelbagai disiplin ilmu seperti syariah, akidah, akhlak (tasawuf) dan lain-lain.
  3. Melahirkan alim yang faqeeh menerusi pengajian kitab-kitab turath serta mampu menyampaikannya kepada ummah.
  4. Membangunkan pelajar yang mampu berdikari dan berkompetensi tinggi dalam pelbagai bidang.
  5. Melahirkankan daie yang menguasai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
  6. Membentuk keperibadian yang unggul dan bersedia berkhidmat untuk ummah apa jua keadaan dan masa.
  7. Sebagai barisan pelapis kepada Ashab Al-Samahah Mufti, hakim syarie dan juga pakar rujuk di Malaysia dan negeri-negeri amnya.

MOTTO PMZK

“Melahirkan Ulama’ Rabbaniah yang berkepimpinan untuk Ummah Sejagat”

KEISTIMEWAAN PMZK

  • Pondok Moden pertama di Negeri Kedah
  • Pembiayaan keseluruhan pengajian bagi anak-anak asnaf yang layak adalah ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.
  • Menggunakan 4 kurikulum utama iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Turath Arabi, Turath Jawi dan Hafazan Al-Quran.
  • Modul mengilap potensi dan membina jatidiri yang unggul.
  • Tenaga Pengajar Bahasa Arab dari luar Negara
  • Penekanan penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
  • Perlaksanaan jadual bermula jam 5.00 pagi hingga 10.00 malam.

SYARAT MINIMA DAN KELAYAKAN ASAS KEMASUKAN KE PMZK

  • Lelaki, warganegara Malaysia (pelajar, ibu bapa, penjaga mestilah memiliki kewarganegaraan Malaysia), atau
  • Bermastautin di Kedah tidak kurang dari (1) tahun & masih menetap di Kedah dan
  • Berumur 16 tahun pada tahun pengajian Tingkatan 4, dan
  • Pencapaian sekurang-kurangnya 6A dalam PT3 2017 (gred A dalam Syariah,Usuluddin dan Bahasa Arab), atau
  • Menghafaz 15 juzuk al-Quran, dan
  • Berminat dalam pengajian Turath ‘Arab dan Turath Jawi
  • Aktif kegiatan ko-kurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
  • Pemohon yang layak akan dipanggil temu duga
  • Lulus ujian temu duga lisan dan bertulis

PEPERIKSAAAN UTAMA

●   Tahun 2 : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

●   Tahun 3 : Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

●   Tahun 4 : Syahadah Nihaiyah, Pondok Moden Zakat

KURIKULUM

● Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

● Pengajian Kitab Turath (Arab & Jawi)

● Pengajian al-Quran (Hafazan)

KITAB PENGAJIAN :-

1. TURATH ARABI

  • Al-Hikam Wa Al-Amthal
  • Al-Insya’ Wa Al-Imla’
  • Durus Al-Lughah Al-Arabiyah
  • Matan Al-Jurumiyah
  • Matan Al-Bina’
  • Al-Baith Al-Hasis
  • Mulakhos Qawaid Al-Lughoh Al-Arabiyah
  • Al-Waraqat
  • Tafsir Jalalain
  • Matan Abi Suja’
  • Mukhtasor Ibn Abi Jamrah
  • Nuzhah Al-Nazor
  • Aqidah Al-Nawwam
  • Manzumah Baiquniah

2. TURATH JAWI

  • Matan Al-Arbaiin Al-Nawawiyah
  • Hidayah Al-Salikin
  • Bidayatul Hidayah (Akhlak)
  • Ayyuhal Walad
  • Tuhfah Al-Sibyan
  • Bidayatul Hidayah (Tauhid)
  • Riyadhussolihin
  • Tanbih Al-Ghafillin
  • Muniyatul Musholi

KOKURIKULUM

● Aktiviti Persatuan Pelajar      ● Dakwah Tadbiqi (lapangan)      ● Asas-asas Ilmu kemahiran

● Khidmat Masyarakat               ● Pengucapan Awam

MUAT TURUN BORANG

1. Borang Kemasukan PMZK     Klik Sini

HUBUNGI

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Bahagian Pengurusan Pondok Moden Zakat Kedah,

Aras Bawah, Menara Zakat,

Jalan Telok Wan Jah,

05200 Alor Setar Kedah

Tel : 04-7331740

Ustaz Munib : 011-19418711

Ustaz Skeikhul : 019-4089806

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.