KOTA SETAR, 01 NOVEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) terus komited dalam menjalankan tugasan mereka di samping mencari ruang mengadakan program tanggungjawab sosial korporat bersama komuniti Alor Janggus baru-baru ini.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Burhanuddin Ahmad berkata, program hasil perancangan dan kerjasama antara PZDKS dan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus (SMKAJ) ini bertujuan untuk menyahut semarak dakwah berzakat anjuran LZNK serta merakyatkan institusi zakat agar lebih dekat dengan komuniti asnaf yang 8 antaranya asnaf fi sabilillah.

Selain itu, Seramai 100 orang pelajar yang terpilih lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dari sekolah berkenaan juga telah menyertai program ini. Program bermula dengan ucapan perasmian pembukaan oleh Pegawai zakat, Burhanuddin Ahmad. Manakala slot selanjutnya pula diteruskan dengan penerangan berkenaan sembelihan mengikut hukum syarak yang disampaikan oleh Mohd Syafiq Abdul Rahman dimana beliau menerangkan tentang tatacara sembelihan, syarat sah sembelih dan perkara lain yang melibatkan sembelihan.

Bukan itu sahaja malah, program diteruskan lagi dengan amali penyembelihan ayam mengikut hukum syarak yang diketuai oleh Muhammad Faidulatraf dan Mohd Syafiq. Sebanyak 30 ekor ayam yang disediakan akan disembelih sebagai amali penyembelihan haiwan.

Menurut Faidulatraf, rata-rata pelajar kelihatan agak kekok dengan perkara ini dan majoriti diantara mereka menyembelih buat kali pertama. Dalam amali ini juga, para pelajar diajarkan memegang pisau dengan cara yang betul. Seterusnya ayam-ayam yang disembelih tersebut diproses untuk dimasak sebagai menu makan tengahari bagi program berkenaan.

Sebelum berakhirnya program, PZDKS dan SMKAJ saling bertukar cenderahati sebagai tanda penghargaan atas program yang julung-julung kalinya diadakan. Setelah itu, Hadirin dijamu makan tengah hari hasil gotong royong pihak sekolah bersama pelajar serta ibu bapa yang turut hadir memeriahkan program yang telah dianjurkan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf