ALOR SETAR, 6 SEPTEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia telah mengadakan program Wacana Halatuju Institusi Zakat di Malaysia yang berlangsung di TH Hotel & Convention Center Alor Setar, Kedah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman, program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat umum dan pihak luar berkaitan kepentingan pengurusan kewangan islam dan zakat seiring dengan arus permodenan masa kini.

Selain itu, program ini juga mengambil peluang untuk berinteraksi dan mendapatkan percambahan ilmu Bersama Syeikh Proffesor Dr. Umar Hasyim, Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir dalam membentuk kefahaman masyarakat untuk memahami konsep zakat dalam pembangunan ekonomi umat islam.

Tambahnya lagi, dengan program ini juga masyarakat umu dapat berkongsi idea dan padangan dalam membangunkan asnaf di Negeri Kedah khususnya serta dapat menjawan isu-isu semasa mengenai peranan zakat dalam mencapai kemuncak kegemilangan umat islam.

Syeikh Zakaria berkata, program kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan agama dan juga badan korporat.

Turut hadir, Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah, Dato’ Syeikh Fadzil Awang, Mufti Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Muhammad Baderuddin Hj Ahmad, Mantan Mufti Kedah, dan Proffesor Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, Rektor (UniSHAMS).

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf