KULIM, 24 SEPTEMBER 2018 – Satu taklimat mengenai zakat pendapatan telah diadakan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cawangan Kulim yang telah disampaikan oleh Pejabat Zakat Daerah Kulim melalui wakil pegawainya, Ustaz Mohammad Nur Salam yang berlangsung selama hampir satu jam.

Menurut Ustaz Salam, pihak zakat amat berbesar hati mendapat jemputan daripada UniKL malah, taklimat ini mendapat sambutan yang baik daripada mereka kerana hampir seramai 50 orang warga UniKL turun menghadirkan diri dalam taklimat tersebut.

Tambahnya lagi, dengan pengharapan semoga sesi taklimat sebegini mampu membantu warga UniKL menunaikan zakat menggunakan taksiran yang betul seterusnya dapat meningkatkan lagi kutipan zakat di Negeri Kedah.

Justeru itu, pihak zakat berharap agar setiap kakitangan UniKL membuat potongan zakat mereka di Lembaga Zakat Negeri Kedah menggunakan kaedah yang betul dan terkini selepas mendengar taklimat yang telah disampaikan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf