YAN, 24 OKTOBER 2019 – Baru-baru ini, wakil Pejabat Zakat Daerah Yan berkesempatan turun padang bagi melawat -mangsa-mangsa ribut di Kampung Kuala Sungai Limau Dalam Yan.

Menurut maklumat daripada penduduk setempat, kejadian ribut tersebut telah berlaku kira-kira pada jam 3.45 petang yang turut melibatkan 2 buah rumah mengalami kerosakan yang teruk akibat daripada bencana itu.

Dalam lawatan tersebut juga, Pegawai Zakat Daerah Yan, Kapten (B) Abdul Nasir Hasan turut menyampaikan sumbangan wang tunai serta barang makanan asas kepada kedua-dua keluarga mangsa bagi tujuan meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka berikutan bencana tersebut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”