YAN, 12 JUN 2019 – Bantuan baikpulih rumah telah lama diwujudkan di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dibawah asnaf Miskin.

Ia bertujuan bagi membantu mereka yang tidak mampu menyediakan kediaman yang sempurna untuk keselesaan keluarga.

Terdahulu, kakitangan Pejabat Zakat Daerah Yan (PZDY) bersama wakil Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan LZNK turun ke lokasi bagi meninjau beberapa buah rumah yang lulus dan sedia untuk dibaikpulih.

Hal, Ini bagi menentukan kos yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja membaikpulih rumah berkenaan dapat ditentukan dengan lebih sempurna.

Antara kawasan yang turut ditinjau melibatkan Kampung Teroi, Kampung Telok Mat Acheh, Kampung Tengah Yan Kechil dan Kampung Kuala Dulang Besar.

Semoga bantuan ini dapat terus dilaksanakan bagi melaksanakan amanah pembayar zakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”