7 Disember 2016 – RHB Islamic Bank hari ini menyerahkan zakat perniagaan mereka kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bertempat di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank, Y. Bhg. Dato’ Adissadikin bin Ali menyerahkan cek zakat bernilai RM200,000.00 sambil disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Kedah, Y.A.B. Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, En. Ridzuan bin Ahmad.

Turut hadir bersama wakil RHB Islamic Bank adalah En. Ahmad Mukarrami Ab Mumin selaku Ketua Jabatan Shariah RHB, Ketua Jabatan Pengurusan Liabiliti Korporat, En. Megat Mohd Rafizan Megat Abdullah Rafaei , Puan Hasmah Jusoh selaku Pengarah Wilayah Utara,  Puan Marina Saat selaku Pengurus Jabatan Pengurusan Acara Kumpulan  dan En Ahmad Kamal Mohd Hashim sebagai jurugambar RHB.

Dalam ucapan ringkas beliau (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK), beliau berterima kasih atas bayaran zakat ini kepada LZNK.

Saya mewakili LZNK mengucapkan jutaan terima kasih kepada RHB Islamic Bank atas penyempurnaan rukun Islam ke-3 ini kepada kami (LZNK).

Semoga dengan keberkatan bayaran zakat ini RHB Bank akan terus maju ke hadapan sekaligus membantu lebih ramai asnaf di negeri Kedah ini.

 

news_rhb2 news_rhb4 news_rhb3