ALOR SETAR, 22 MEI 2019 – Baru-baru ini telah berlangsung satu majlis penyerahan agihan balik zakat sekolah fasa pertama bagi tahun 2019 berjumlah RM 5,076,074.16 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Penyerahan tersebut telah disampaikan sendiri oleh, Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato Syeikh Fadzil Haji Awang, kepada Ketua Unit Dakwah (JPN), Haji Mohd Syauqi Ismail sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman bertempat di Dewan Sultan Badlishah Maktab Mahmud, Alor Setar Kedah.

Dalam pada itu, Syeikh Zakaria Othman berkata, kepada semua agensi dan syarikat yang menunaikan zakat perlulah membuat pengiraan zakat mengikut taksiran yang tepat, selain itu mereka juga berpeluang mendapat agihan balik untuk diagihkan kepada mereka dan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Selain itu majlis tersebut juga turut melibatkan hampir 700 orang wakil daripada JPN, PPD, dan guru-guru Sekolah seluruh negeri Kedah.

Dalam majlis yang sama, sebanyak 2 buah Sekolah turut menerima Anugerah Sekolah bilangan pembayar zakat tertinggi bagi tahun 2018, manakala 6 buah sekolah lagi menerima Anugerah Kutipan dan agihan balik zakat tertinggi bagi tahun 2018 kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Hadir sama pada majlis tersebut, timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK) serta kakitangan dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN).

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”