ALOR SETAR, 20 JANUARI 2020 –Baru-baru ini telah berlangsung satu majlis pembayaran Wakalah Agihan balik zakat kepada Sekolah-Sekolah.

Penyerahan tersebut telah disampaikan sendiri oleh, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman kepada penerima-penerima bertempat di Dewan Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Menara Zakat Alor Setar Kedah.

Dalam pada itu, Syeikh Zakaria Othman berkata, kepada semua agensi dan syarikat yang menunaikan zakat perlulah membuat pengiraan zakat mengikut taksiran yang tepat, selain itu mereka juga berpeluang mendapat agihan balik untuk diagihkan kepada mereka dan sesiapa sahaja yang berkelayakan.


Sebahagian wakil JPN dan SABK yang hadir ke Majlis Wakalah Agihan Zakat semalam.

Selain itu majlis tersebut juga turut melibatkan hampir 115 orang meliputi wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pengetua, Guru Besar, dan guru-guru Sekolah Agama seluruh negeri Kedah.

Dalam majlis yang sama, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah menerima Wakalah Agihan Zakat untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil dan Sekolah Menengah jenis Kebangsaan berjumlah RM 235,552.71, manakala Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Kedah pula menerima Wakalah Agihan Zakat berjumlah RM 177,956.50.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Fazilah Mat dan juga Naib Yang Di-Pertua Majlis Pengetua dan Guru Besar (SABK) Negeri Kedah, Haji Ismail.


Syeikh Zakaria (Kanan) menyampaikan cendemata kepada NYDP Majlis Pengetua dan Guru Besar (SABK) Negeri Kedah 

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”