BANDAR BAHARU, 29 FEBRUARI 2019 – Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Haji Md Sharif Md Isa berkesempatan menziarahi sabri rejab, 20 tahun dikediamannya yang terletak di Kampung Tengah Relau Kedah.

Beliau yang terlibat dalam kemalangan jalan raya telah menyebabkan kaki beliau mengalami kecederaan parah dan perlu menjalani pembedahan segera untuk tujuan memasukkan besi.

Hal demikian, Sabri yang merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan, dan kini beliau sedang menunggu tarikh bagi menjalani pembedahan disebabkan beliau berada dalam keluarga yang kurang berkemampuan, dan terpaksa memohon bantuan dari pihak zakat untuk menampung kos rawatan.

Selain masalah yang dihadapi, kakitangan zakat Bandar Baharu turut tersentuh hati melihat kedhaifan sabri sekeluarga apabila tinggal disebuah rumah yang uzur.

Di akhir lawatan tersebut, Haji Md Sharif Md Isa turut menyampaikan Bantuan Rawatan Sekaligus Sebanyak RM900 bagi meringankan perbelanjaan kos pembedahan sabri.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf