ALOR SETAR, 03 DISEMBER 2019 – Buat julung kalinya Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Zakat, Cukai, Wakaf dan Pembangunan Ekonomi (ZAWED 2019) bertempat di Adya Hotel, Kuah Langkawi.

Seminar yang diadakan tersebut berjaya menghimpunkan lebih 130 peserta dari dalam dan luar negara, ia bertujuan melihat semula konsep dan aplikasi pengurusan zakat, wakaf, baitulmal dan hibah dalam pembangunan ekonomi serta perniagaan Islam.

Selain itu, Seminar Zawed 2019 Ini diadakan untuk membincangkan serta ,embahas perkara-perkara berkaitan pengurusan zakat, wakaf, baitulmal, hibah dan pembangunan perniagaan Islam yang lain.

Seminar yang diadakan selama dua hari tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat, Hajjah Fuziah Salleh.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman.

Mengulas mengenai Zawed 2019, Yang Berhormat, Hajjah Fuziah berharap kertas kerja yang dibentangkan diharap dapat membantu kerajaan membangunkan konsep zakat dan wakaf menerusi tadbir urus yang baik.

“Perbincangan dan amalan terbaik daripada pakar dan penyelidik dalam bidang sosioekonomi Islam ini amat kita sokong kerana kerajaan ketika ini sedang membangunkan konsep zakat dan wakaf yang boleh menjadi sektor ekonomi ketiga,” katanya.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”