KOTA SETAR, 19 DISEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) telah menganjurkan taklimat berkenaan kutipan dan agihan zakat khusus kepada penolong amil kariah sekitar Daerah Kota Setar.

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Ustaz Burhanuddin Ahmad berkesempatan menyampaikan taklimat tersebut bagi memperincikan lagi maklumat kepada para penolong amil.

Menurut Ustaz Burhanuddin, beliau amat berharap dengan taklimat ini para penolong amil mendapat penjelasan yang sewajarnya dalam meneruskan gerak kerja untuk mendekati para asnaf agar kumpulan sasaran agihan menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Selain itu, pendekatan baharu hasil pengislahan atau tajdid yang kini diamalkan oleh LZNK ialah untuk mengimarahkan kembali masjid sebagai pusat komuniti setempat (One Stop Centre) khususnya dalam kutipan dan agihan zakat selain pelbagai aktiviti bersifat kemasyarakatan turut dianjurkan.

Dalam pada itu, Rata-rata penolong amil yang ditemui bersyukur kerana berpeluang untuk hadir bagi mendengar perincian mengenai taklimat yang diberikan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf