BALING, 4 OKTOBER 2018 – Bagi meneruskan agenda peranan institusi zakat dalam mengendalikan  harta daripada golongan yang kaya dan mengagihkan kepada golongan miskin, oleh itu Bahagian Operasi dan Dakwah Pejabat Zakat Daerah Baling terus komited dalam tugasan mereka untuk menyampaikan dakwah zakat di Negeri Kedah ini.

Bagi meneruskan amanah yang diberi, Pejabat Zakat Daerah Baling telah menyampaikan sebuah taklimat dan kaunter berkenaan maklumat zakat kepada guru-guru serta waris di Sekolah Kebangsaan Pulai,Baling.

Menurut pegawai zakat baling, taklimat yang diberi mendapat sambutan yang baik diamana hampir seramai 80 orang  waris dan guru yang hadir mendengar taklimat zakat tersebut yang disampaikan oleh  Pegawai Zakat Daerah Baling, ustaz  Mansor Musa.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf