BALING, 17 OKTOBER –  Semarak Dakwah Lembaga Zakat Negeri Kedah masakini terus giat dijalankan di peringkat Pejabat Zakat Daerah Baling dengan menjelajah ke beberapa buah sekolah dan agensi-agensi kerajaan serta swasta khususnya di sekitar daerah Baling.

Terdahulu Pejabat Zakat Daerah Baling berkesempatan menyampaikan taklimat zakat pendapatan di Sekolah Kebangsaan Tiak yang dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan dan guru sekolah tersebut.

Taklimat yang disampaikan mendapat sambutan yang baik di kalangan semua kakitangan dan guru.

Penerangan tersebut lebih tertumpu kepada kewajipan menunaikan zakat pendapatan disamping zakat-zakat yang lainnya. Hal Ini bagi menyedarkan tentang kewajipan berbuat demikian kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah supaya pendapatan zakat dapat disatukan dan diagihkan kepada golongan asnaf.

Selaian itu, Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh zakat kedah bagi memberi kesedaran tentang kewajipan berzakat kepada masyarakat samada melalui taklimat, khutbah, tazkirah dan sebagainya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf