35 C
Alor Star
Thursday, March 28, 2024

Visi PHZK

Menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan rawatan haemodialisis secara percuma kepada umat Islam khususnya dalam negeri Kedah

Misi PHZK

Menyediakan rawatan perubatan terbaik kepada asnaf miskin dalam negeri Kedah.

Berusaha mengembangkan lagi perkhidmatan ini ke seluruh negeri Kedah.

Bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta untuk menyumbangkan tenaga, kewangan dan seumpamanya kepda PHZK.

Sejarah Ringkas Penubuhan Pusat Haemodialisis Zakat Kedah

banner-contadsct-2-copy

Pusat Haemodialisis Zakat Kedah telah ditubuhkan secara rasminya pada Julai 2011 yang menelan belanja hampir RM1.5 juta dan telah beroperasi dengan sempurna yang boleh memuatkan 18 mesin dialisis dengan kapasiti rawatan yang melibatkan sejumlah 70 pesakit non-hepatitis pada satu-satu masa.

Pada 23 Ogos 2011, Pusat Haemodialisis Zakat Kedah telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Secara amnya, haemodialisis merupakan salah satu cara rawatan yang digunakan untuk merawat pesakit buah pinggang. Dianggarkan jumlah pesakit ini semakin bertambah setiap tahun. Pada tahun 2010 sahaja, jumlah kes yang menjalani rawatan haemodialisis di seluruh negara sudah mencecah lebih 20,000 kes.

Antara objektif utama utama Pusat Haemodialisis Zakat Kedah ialah memberikan rawatan secara percuma kepada golongan asnaf miskin khususnya dalam Negeri Kedah. Selain itu, ianya membantu untuk memperbaiki taraf kesihatan asnaf untuk menempuh hidup yang lebih bermakna.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kos rawatan buah pinggang agak tinggi. Ada di kalangan asnaf yang tidak mampu untuk membiayai kos tersebut. Dengan tertubuhnya Pusat Haemodialisis ini, diharapkan tidak ada lagi pesakit Islam, terutamanya golongan asnaf yang pergi memohon bantuan kepada persatuan yang bukan Islam.

Selain itu, dengan tertubuhnya pusat ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kerja kerajaan dalam merawat pesakit buah pinggang.

news_dialisis1
news_dialisis2

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.