KULIM, 3 OKTOBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Kulim, melalui Pegawai Bahagian Dakwah dan Kutipan, Ustaz Nur Salam telah menyampaikan satu taklimat yang berkaitan dengan zakat pendapatan di Kolej Vokasional Kulim.

Terdahulu, hampir seramai 80 orang kakitangan Kolej Vokasional Kulim hadir bagi mendengar taklimat tersebut.

Ustaz Nur Salam berkata, tujuan utama pihak zakat hadir untuk menyampaikan taklimat di Kolej Vokasional ini supaya seluruh warga Kolej Vokasional dapat menunaikan zakat pendapatan mereka dengan menggunakan kaedah yang betul dan terkini.

Tambahnya lagi, di samping mengagihkan bantuan kepada pemohon bantuan yang terdiri daripada asnaf zakat, pihak zakat juga berhasrat untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat akan kefarduan berzakat dalam islam.

Di akhir sesi taklimat, ustaz Nur Salam berharap agar seluruh kakitangan di Koleh Vokasional Kulim dapat menunaikan zakat di Lembaga Zakat Negeri Kedah supaya nasib golongan asnaf yang tinggal di negeri ini terbela.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf