1 Mac 2017 – Perihatin dengan imej korporat, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini terpanggil untuk mengadakan kursus Keterampilan Diri dan Etiket Sosial  dan Komunikasi Berkesan Dalam Pengucapan Awam kepada 20 orang peserta yang dipilih dikalangan kakitangan LZNK.

Penceramah jemputan, Dr. Hajjah Asikin Bt Salleh yang juga pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara ketika ditemui berkata, kursus ini sangat penting dalam mempersiap-siaga kan diri dan organisasi ke arah lebih berketampilan serta mampu melonjakkan imej sesebuah organisasi tersebut.

…kursus yang diadakan selama dua (2) hari ini diharap dapat membantu para peserta ke arah lebih yakin dengan penampilan diri dan juga membantu mereka dalam isu komunikasi antara orang awam.

Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat LZNK, Mohd Sani bin Harun berkata, kursus itu diadakan seiring dengan entiti baharu Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

…besar harapan saya agar pada tahun akan datang ini, Zakat Kedah akan lebih dikenali bukan hanya sebagai tempat permohonan bantuan dan bayaran zakat, bahkan turut disegani daripada segi keterampilan dan imej korporatnya.