LANGKAWI, 21 MEI 2019 – Usaha Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan berhasrat untuk memperluaskan inisiatif Zakat Kedah Food Bank ke seluruh negeri Kedah menjelang 2019 dengan anggaran peruntukan RM11 juta amat memberikan satu inisiatif dan manfaat terbaik kepada asnaf fakir miskin khususnya.

Hal ini kerana, pusat penempatan bekalan makanan itu diwujudkan bagi membantu penduduk yang miskin di seluruh negeri Kedah dengan disalurkan barangan makanan keperluan asas.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Langkawi, Ustaz Mohd Yusof, bagi mereka yang ingin memohon bantuan itu perlu berjumpa dengan imam masjid supaya menerima kupon bagi mengambil set bantuan makanan.

Setiap bulan pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah akan memperuntukkan sebanyak 30 set makanan bagi setiap masjid di setiap daerah.

Terdahulu, pembekal yang dilantik LZNK telah membuat penghantaran barangan makanan ke pusat bekalan makanan di seluruh masjid di daerah Langkawi.

Sebanyak 870 set makanan melibatkan 29 buah masjid di seluruh Langkawi telah dihantar oleh pembekal selama dua hari tersebut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”