10 Mei 2017 – Kursus Amil Fitrah dan Majlis Pentauliahan Amil Fitrah bagi daerah Langkawi telah diadakan baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Zakaria Othman selaku Ketua Pegawai Eksekutif LZNK.

Majlis pentauliahan ini menyaksikan seramai 34 orang amil zakat fitrah dilantik sebagai amil yang sah yang menerima lantikan daripada LZNK.

…kursus ini perlu memandangkan ada dikalangan amil-amil ini dilantik baru dan ada juga yang masih kekal sekaligus memantapkan lagi prosedur dan undang-undang berkenaan perlantikan ini.

Pada tahun ini, LZNK mengumumkan kadar zakat fitrah kekal RM7.00 seperti tahun sebelumnya.

…setiap daerah akan mempunyai amil lantikan LZNK yang sah, anda boleh layari laman sesawang kami untuk melihat nama-nama mereka sekiranya terdapat kemusykilan. Semoga ianya membawa manfaat kepada semua penduduk daerah Langkawi ini.