ALOR SETAR, 07 OGOS 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) buat Julung kalinya mengadakan persidangan antarabangsa zakat kedah (KEIZAC 2019) di Menara Zakat baru-baru ini.

Dalam persidangan tersebut, lebih 100 kertas kerja telah dibentangkan oleh para ahli akademik dan pengamal industri zakat dalam dan luar negara.

KEIZAC 2019 juga turut menampilkan tokoh-tokoh dalam industri kewangan Islam, perbankan Islam, perundangan, halal dan sebagainya bagi tujuan lontaran idea untuk memperkasakan pengurusan zakat di Negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya.

Antara penampilan tokoh utama dalam persidangan tersebut Profesor Dato’ Dr Ahmad Hidayat Buang, Profesor Syariah & Undang-undang Akademi Pengajian Islam University Malaya Dr Irfan Syauqi Beik, Pengarah Distribusi & Pendayaupayaan BAZNAS Indonesia, Haji Mohd Nazri Chik, Ketua Pegawai Shariah Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad, Haji Roslan Saludin, Pengurus Besar Syariah & Pematuhan Halal QSR Brands Bhd, Profesor Datuk Dr. Mohd Jailani Mohd Nor, Presiden dan Naib Canselor Al Bukhary International University (AIU), Profesor Dr Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Rektor Akademik & Hubungan Antarabangsa (UniSHAMS) dan Prof Madya Dr Ram Al Jaffri Saad, PensyarahPusat Pengajian Perakaunan Tunku Intan Safinaz, Universiti Utara Malaysia.

Dalam pada itu persidangan ini juga turut melibatkan 10 buah Negera antaranya Uganda, Bangladesh, Brunei, Indonesia, Nigeria, India, Tunisia, Thailand, Egypt dan Malaysia.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”