BANDAR BAHARU, 9 JANUARI 2019 – Berikutan Angin kencang dan ribut kuat yang terjadi sekitar jam 4.45 petang baru-baru ini telah menyebabkan beberapa buah rumah di Relau Bandar Baharu Kedah mengalami kerosakan yang teruk.

Antara mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut ialah keluarga Abdul Halim Nanyan dan juga keluarga Baharum Che Mat.

Susulan kejadian itu telah menyebabkan ahli keluarga mereka mengalami trauma dengan kejadian yang berlaku apabila ribut tersebut telah menerbangkan hampir keseluruhan bahagian bumbung rumah sekaligus menyebabkan sepohon pokok manggis tumbang dan menghempap bumbung rumah mereka.

Sehubungan itu, Wakil Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, berkesempatan turun padang ke Relau setelah mendapat berita kejadian bagi melihat sendiri yang dialami oleh mereka sekeluarga.

Terdahulu wakil PZD Bandar Baharu telah menyerahkan kit bantuan makanan berupa keperluan asas dan juga bantuan kewangan kecemasan sebanyak RM300 kepada kedua dua keluarga mangsa.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf