ALOR SETAR, 21 OKTOBER 2020 – Baru- baru ini, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menerima kehadiran 20 orang anak-anak graduan perubatan Universiti Ain Shams , Mesir.

Pertemuan ini adalah bertujuan bagi bersua muka di samping mendengar beberapa amanat serta pesanan daripada Ketua Pegawai Eksekutif LZNK sebelum mereka masuk ke hospital untuk berkhidmat sebagai Houseman Officer (HO).

Antara pesanan yang disampaikan oleh Tuan CEO tadi adalah,

“Bekerjalah dengan jiwa, bukan bekerja dengan tangan. Walau dimana pun kita berada terus perkasakan Ummah”

Untuk rekod, 20 orang bekas pelajar perubatan ini telah ditaja oleh LZNK dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 5.4 juta sepanjang 6 tahun pengajian mereka di Mesir.

Kesemua mereka adalah daripada latar belakang keluarga asnaf dan pembiayaan pengajian mereka adalah hasil daripada wang pembayar zakat yang menunaikan zakat di LZNK.

Pesan Tuan CEO lagi kepada mereka:

“Jangan ucap terima kasih kepada kami. Tapi ucaplah terima kasih kepada ummah dan pembayar zakat.”

Berikut adalah maklumat bilangan pelajar dan penempatan di Hospital, Hospital Daerah Kulim (Kedah) 5 Orang, Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani (Kedah) 7 Orang, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar (Kedah) 2 Orang, Hospital Seberang Jaya (Pulau Pinang) 1 Orang, dan Hospital Tunku Fauziah (Perlis) 4 Orang,

Terima kasih kepada pembayar zakat kerana dengan zakat anda, kini anak para asnaf ini telah pun berjaya menjadi seorang doktor yang akan berbakti pula kepada ummah.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”