KUBANG PASU, 16 OKTOBER 2018 –Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu berkesempatan turun menziarahi mangsa ribut di sekitar Kodiang yang menyebabkan beberapa buah rumah di Kawasan tersebut mengalami kerosakan yang teruk. Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.00 petang itu disusuli dengan hujan lebat dan angin kuat.

Berikutan kejadian tersebut, sebanyak 8 buah rumah yang terlibat mengalami kerosakkan teruk di bahagian atap rumah mereka apabila angin kuat menerbangkan bumbung. Antara Kampung yang terlibat ialah Kampung Meribut, Kampung Kodiang lama, dan Kampung Kandis.

Sementara itu, Kit bantuan zakat turut diserahkan oleh Penolong Pegawai Zakat daerah Kubang Pasu kepada semua mangsa yang terlibat, sehubungan itu, bantuan susulan akan disalurkan dalam masa terdekat

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf