ALOR SETAR, 13 MEI 2019 – Mungkin ada segelintir di kalangan masyarakat yang tidak mengetahui bahawa Pengurusan zakat di Negeri Kedah telah wujud sejak 3 abad lamanya.

Berdasarkan catatan sejarah, Kedah merupakan negeri yang tertua di Malaysia yang mempunyai sistem pengurusan zakat secara perundangan.

Perkara ini terkandung di dalam fasa 3 Tembera Seri Paduka Tuan (1667 M), undang-undang pentadbiran Negeri Kedah pada ketika itu. Pada tahun 1667 M, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I, sultan Negeri Kedah yang ke 15 telah menitahkan supaya Dato Seri Paduka Tuan bersama Tuan Syeikh Alauddin dan semua pendeta supaya menulis sebuah undang-undang pentadbiran Negeri Kedah.

Undang-undang ini ditulis bagi tujuan rujukan Panglima Negeri, Kweng (Penghulu/Ketua Kampung) dan Sambang (Mata-mata) dalam menjalankan tugas mentadbir Negeri Kedah Darul Aman.

Justeru itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mengambil inisiatif ini dengan menganjurkan Seminar Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan yang telah berlangsung selama satu hari di TH Hotel & Convention Center Alor Setar baru-baru ini yang turut dihadiri seramai 200 orang peserta terdiri daripada agensi kerajaan, badan korporat, swasta dan institusi pendidikan.  

Seminar tersebut turut menampilkan dua orang panel yang merupakan tokoh sejarawan istimewa yang tidak asing lagi dengan sejarah Negeri Kedah iaitu Dato’ (Dr) Wan Shamsuddin Wan Yusoff, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan Dr. Ibrahim Bakar Langkawi, penulis buku sejarah Kedah.

Dalam program tersebut para panel turut Menyingkap dan mengupas dengan lebih lanjut mengenai sejarah Kedah tua dan 350 tahun perundangan zakat di Negeri Kedah.

Dalam program yang sama Mufti Negeri Kedah, Sahibus Samahah Dato’ Syeikh Fadhil Haji Awang, turut hadir sama merasmikan majlis penutupan seminar tersebut sekaligus melancarkan Buku Rahsia Kota Palas tempat bersemayam Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”