BALING, 09 OKTOBER 2018 – Berikutan hujan lebat pada lewat petang semalam, seramai hampir 80 keluarga telah akibat banjir di sekitar Daerah Baling  antaranya ialah Kampung Batu 8, Kampung Tanjung Pari, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Weng dan Kampung Siong.

Sehubungan dengan itu PZD Baling bergegas ke lokasi kejadian seawal jam 11:00 malam bagi menyalurkan bantuan berupa kit makanan asas sebanyak 30 kotak dan 40 kampit beras.

Turut bersama dalam operasi tersebut adalah agensi-agensi kerajaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, JPAM, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Penghulu Mukim Bongor, YB Adun Bayu dan pihak sukarelawan yang turun membantu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Menurut salah seorang daripada mangsa, banjir ini merupakan sejarah terburuk setelah banjir yang berlaku pada tahun 2015 lalu. Tambah beliau lagi, air yang mencecah paras dada tersebut meningkat secara mendadak dan menyebabkan barangan peralatan elektrik di rumah beliau tidak dapat diselamatkan.

Dalam pada itu, hanya 3 pusat pemindahan banjir yang dibuka dan mempunyai pertambahan sehingga 6 pusat pemindahan pada jam 4:30 pagi. Antara pusat pemindahan yang dibuka Dewan Keda Batu 8, Dewan Risda Tanjung Pari, Surau Sri Ketengga, Dewan orang ramai di Weng dan Kampung Batu 60.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf